Followers
Selasa, 24 Mei 2011
GOTONG-ROYONG MAJLIS PERMUAFAKATAN IBU BAPA DAN GURU
Isnin, 16 Mei 2011
Ahad, 15 Mei 2011
GAMBAR KENANGAN
Sabtu, 14 Mei 2011
GAMBAR MURID PRASEKOLAH SK.TAGIBANG 2011/12
Khamis, 14 April 2011
Ahad, 3 April 2011
Sabtu, 2 April 2011
Berita Harian Online | Agihan guru perlu seimbang
2011/04/02
AGAK mengejutkan apabila kita didedahkan dengan berita berlakunya lambakan guru opsyen Matematik dan Sains dalam negara kita. Lambakan ini dilaporkan membabitkan 14,000 orang guru subjek Sains dan 12,000 orang guru Matematik. Akibatnya, mereka dikatakan terpaksa mengajar pelbagai subjek lain, termasuk Pendidikan Jasmani dan Pengetahuan Agama Islam.Ia satu pendedahan yang cukup memeranjatkan semua pihak.
Bukankah ia satu tindakan merugikan semua pihak yang berkaitan seperti pelajar itu sendiri yang terpaksa menukar opsyen di samping kerugian di pihak tenaga pengajar yang terbabit.
Apa yang nyata di sini ialah jika benar lambakan ini berlaku seperti didedahkan media, pihak kementerian perlu bertindak segera dengan mengambil langkah sewajarnya.
Seperti kata Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hassan, kementerian perlu memanfaatkan lebihan guru itu untuk memperkasakan subjek Sains dan Matematik kepada pelajar luar bandar dan pedalaman dengan menghantar mereka ke sana. Tambah beliau, subjek Sains dan Matematik penting untuk mencapai sasaran negara maju menjelang 2020.
Dalam hal ini, kita yakin bahawa pendedahan ini sedikit sebanyak boleh melemahkan semangat dan motivasi pelajar yang mengikuti kursus pengajian Matematik dan Sains lebih-lebih lagi apabila mereka diminta menukar kepada opsyen lain.
NOOR MOHAMAD SHAKIL HAMEED,
Universiti Putra Malaysia.
Isnin, 28 Mac 2011
Berita Harian Online | Martabat bahasa Melayu perlu dipertahan
2011/03/28
KITA semua mungkin terkejut melihat orang Jepun, Korea dan China fasih menggunakan bahasa kebangsaan iaitu bahasa Melayu.Kerap kali penggunaan kata bahasa Melayu diganti dengan istilah bahasa kebangsaan dan Bahasa Malaysia. Sedangkan, dalam situasi rasmi kita menafikan penggunaannya semata-mata mahu menonjolkan bahasa Inggeris. Sedarkan kita bahawa bahasa Melayu kita semakin berkembang dengan istilah dan perkataan baru.Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) penting sebagai badan mendaulatkan bahasa. Begitu juga badan bukan kerajaan, tepat sekali syarikat swasta bersama mendaulatkan bahasa.Ke mana akta berkaitan bahasa? Mungkin akta atau undang-undang digunakan oleh pihak berwajib apabila keadaan menjadi parah atau mendesak atau sebab lain? Walaupun ada majlis menggunakan bahasa Melayu, ia sedikit saja sedangkan jelas bahasa Melayu menjadi mangsa keadaan.
Peranan pengguna bahasa menggunakan bahasa Melayu dengan betul sebutan dan ejaannya. Jelas sekali dalam majalah dan surat khabar dan tidak terkecuali dalam facebook atau twitter bahasa Melayu kita mengalami perubahan kependekan perkataan dan istilah. Nampaknya, pengguna bahasa tidak peka dengan keadaan ini.
Sampai bilakah masalah masa depan bahasa Melayu hendak diperdebatkan? Sedangkan jelas akta bahasa kebangsaan menjamin kedudukan bahasa di negara kita.
Janganlah kita terlalu mengagungkan bahasa lain sampai bahasa kita sendiri mengalami kepupusan. Oleh itu, saya berpandangan kita perlu sama-sama menggunakan bahasa dengan betul. Tidak kira kita berada di mana-mana pun, tapi gunakan bahasa sebagai jiwa bangsa.
KAMUS BIRU,
Kuala Lumpur.
Berita Harian Online | Cadangan naik gaji guru bertugas luar waktu sekolah disokong
2011/03/28
SAYA ingin memberi maklum balas kepada komen Guru Jujur, Kuala Lumpur dalam ruangan ini yang disiarkan 26 Mac lalu.‘Guru Jujur’ amat tidak berpuas hati atas cadangan CUEPACS menaikkan gaji guru yang sering bertugas di luar waktu sekolah. Alasan yang diberikan, guru lain yang terpaksa mengganti guru yang bertugas di luar.Saya amat bersetuju dengan cadangan CUEPACS itu. Jika Guru Jujur ingin mendapat kenaikan gaji, sila berkecimpung dalam aktiviti di luar waktu sekolah. Pengalaman saya berbelas tahun aktif dengan aktiviti luar ini amat memerlukan pengorbanan diri dan ahli keluarga.Mana tidaknya, setiap hujung minggu pasti akan keluar membawa murid untuk berkhemah bagi memberi peluang murid mendapat sijil demi masa depan mereka. Apabila bergerak di bawah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), guru tidak diberi sebarang elaun, malah perlu mengeluarkan duit poket sendiri untuk minyak kereta, makan dan sebagainya.
Tidak cukup dengan itu, pada Ahad habis bertugas, Isnin pula perlu ke sekolah seperti biasa. Persoalannya, bila guru ini bercuti, bila guru ini berpeluang untuk bersama keluarga dan siapa yang hendak bagi bayaran gaji lebih masa apabila berkhemah guru perlu bertugas 24 jam sehari bersama murid.
Di mana Guru Jujur waktu hujung minggu?, mungkin sedang berada di rumah menonton televisyen atau ke pusat beli-belah bersama keluarga. Sedangkan guru yang bertugas ini berhempas pulas menjaga murid dan meninggalkan anak dan isteri di rumah tanpa apa-apa balasan.
‘Guru Jujur’ perlu berkecimpung dalam bidang ini supaya berasa apa yang kami rasa. Ramai yang tidak sanggup bertugas di luar waktu persekolahan. Kalau semua guru ini tidak lagi mahu berkerja di luar waktu pejabat, maka murid yang akan rugi.
Harap Kementerian Pelajaran pandanglah masalah kami. Sediakan seorang guru khas setiap sekolah untuk menggalas tugas seperti ini dan berikan hak cuti apabila bertugas pada Sabtu dan Ahad.
Apapun, terima kasih CUEPACS kerana mengambil berat masalah guru seperti kami ini yang jarang sekali dipandang oleh pihak pentadbiran sekolah untuk diberi anugerah cemerlang.
CIKGU NGO,
Sabtu, 26 Mac 2011
Rabu, 16 Mac 2011
DASAR-DASAR LAIN
DASAR-DASAR UTAMA
OBJEKTIF DASAR-DASAR KERAJAAN
DASAR-DASAR KERAJAAN
- Dasar Sosial Negara
- Dasar Warga Tua Kebangsaan
- Dasar Kebajikan Masyarakat Negara
- Dasar Wanita Negara
- Dasar Orang Kurang Upaya
- Dasar Perlindungan Kanak-Kanak Negara
- Dasar Kanak-Kanak
- Antartika
- Bersih, Cekap dan Amanah
- Dasar Ekonomi Baru
- Dasar Kebudayaan Kebangsaan
- Dasar Kependudukan Malaysia Ke Arah 70 Juta Penduduk
- Dasar Pandang Ke Timur
- Dasar Pembangunan Nasional (DPN)
- Dasar Pendidikan Kebangsaan
- Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam Dalam Pentadbiran
- Dasar Pengurangan Beban Perbelanjaan Awam
- Dasar Perindustrian Berat Di Malaysia
- Dasar Perindustrian Negara
- Dasar Sains dan Teknologi Negara
- Dasar Urbanisasi Negara
- Dasar Wanita Negara
- Dasar/Program Pembaharuan dan Peningkatan Produktiviti dan Kualiti Dalam Perkhidmatan Awam
- Halacara Baru Dalam Pembangunan Kampung dan Luar Bandar
- Konsep Kawasan Aman, Bebas & Berkecuali (ZOPFAN) Di Asia Tenggara
- Peningkatan Daya Pengeluaran Negara
- Penswastaan
- Perspektif Wawasan 2020
- Persyarikatan Malaysia
- Pelan Induk Perindustrian
- Rancangan Kerjasama Teknikal Malaysia
- Sogoshosha Malaysia
- Third National Agricultural Policy ( 1998 - 2010 )
- Dasar Sosial Negara
- The National Telecommunication Policy ( 1994 - 2020 )
MAKLUMAT UMUM KISSM KUMP.II
ISI KANDUNGAN CAKERA PADAT (CD) KISSM
PRA SEKOLAH
Objektif
Menyediakan pengalaman pembelajaran kepada murid-murid yang berumur antara 4 hingga 6 tahun bagi menyuburkan potensi mereka dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan masuk ke sekolah rendah.
Latar Belakang
18 Disember 1991
- Mesyuarat Jemaah Menteri
- KPM melaksanakan program prasekolah.
27 Januari 1992
- Mesyuarat antara Kementerian.
- Projek Rintis Pendidikan Prasekolah KPM (1,131 kelas)
Akta Pendidikan 1996
- Pendidikan Prasekolah dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan
6 Jun 2001
- Mesyuarat Jemaah Menteri.
- Peluasan program Prasekolah KPM.
Kriteria Pemilihan Sekolah
a) Lokasi Pedalaman/Luar Bandar/Pinggir Bandar/Bandar.
b) Murid Tahun Satu Yang Tidak Berprasekolah Tinggi.
c) Tiada Operator Tadika Lain.
d) Mengambilkira Pendaftaran Murid Tahun Satu bagi tahun berikutnya (>15 orang).
e) Kemudahan Ubah Suai/Bina Bilik Darjah.
f) Permintaan Masyarakat Setempat.
Kriteria Pemilihan Murid
a) Warganegara Malaysia.
b) Berumur 5 dan 5+ tahun.
c) Setiap kelas 25 orang murid.
d) Keutamaan pemilihan berdasarkan pendapatan dan tanggungan ibu bapa / penjaga.
Geran Per Kapita (PCG)
RM100 seorang murid setahun
RM100 X 25 murid X 1 kelas
Jumlah : RM2500 setiap kelas setahun
Bantuan Makanan
RM1.50 seorang murid sehari
RM1.50 X 1 murid X 200 hari
Jumlah : RM300 seorang murid setahun
Program-Program Prasekolah KPM
a) Program ICT Prasekolah (KPM) Mulai 2002
Komputer/Pencetak/Meja/Kerusi/Perisian
(Agihan 2 set komputer dan 1 pencetak setiap kelas)
b) Program ICT Kidsmart Early Learning (IBM) Mulai 2001
Komputer/Pencetak/Meja/Kerusi/Perisian
(Agihan 1 set bagi kelas prasekolah yang terpilih)
Sehingga Februari 2004 . KPM terima 59 set daripada IBM (M) Sdn Bhd
c) Program Rintis Prasekolah Inklusif Pendidikan Khas Mulai 2003 . 3 kelas
( 20 Murid Biasa & 5 Murid Bermasalah Pembelajaran)
- SK Seksyen 20, Shah Alam, Selangor.
- SK Tanah Putih Baru, Kuantan, Pahang.
- SK Khir Johari, Sungai Petani, Kedah.
d) Program Prasekolah Pendidikan Khas Mulai 2004 . 28 kelas
- Prasekolah Bermasalah Pembelajaran
- Prasekolah Bermasalah Penglihatan
- Prasekolah Bermasalah Pendengaran
e) Program Penempatan Guru Prasekolah Siswazah Mulai 2004
Sumber Maklumat: Kementerian Pelajaran Malaysia
PROGRAM TRANSISI PRASEKOLAH KE TAHUN SATU
Program Transisi Prasekolah ke Tahun Satu merupakan satu program yang telah dirangka dengan tujuan untuk membantu kanak-kanak menghadapi perubahan diri dalam keadaan transisi dari pendidikan tidak formal sama ada di rumah ataupun di prasekolah ke pendidikan secara formal di Tahun Satu. Program ini dilaksanakan dalam tempoh 3 bulan. Adalah diharapkan kanak-kanak yang datang dari pelbagai latar belakang sosio ekonomi, persekitaran dan pengetahuan akan dapat menyesuaikan diri dan bersedia meneruskan pembelajaran secara formal.
Tujuan Program
- Murid-murid dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran, guru-guru dan kawan-kawan baru dalam masa yang singkat.
- Guru-guru dapat menyelaraskan keperluan kognitif, emosi dan jasmani murid secara menyeluruh sebelum memulakan proses P & P secara formal.
- Meningkatkan minat dan semangat murid untuk datang ke sekolah dengan gembira dan tanpa banyak masalah.
- Membantu semua murid Tahun Satu yang datang dari latar belakang, pengalaman dan sosio ekonomi yang berbeza memulakan proses pembelajaran di Tahun Satu mereka melalui tahap pencapaian yang hampir sama .
Objektif Khusus
- Semua pihak yang terlibat dapat membuat persediaan yang sesuai untuk menerima kemasukan murid ke Tahun Satu.
- Murid dapat meningkatkan kemahiran tematik, bersepadu dan main sambil belajar.
- Murid yang mempunyai kemahiran dan potensi diri yang tinggi dapat mengaplikasikan apa yang diperolehi dalam kehidupan sehariannya.

PRASEKOLAH SK.TAGIBANG, KOTA MARUDU Copyright © 2009
Scrapbook Mania theme designed by Simply WP and Free Bingo
Converted by Blogger Template
Template