Followers

Isnin, 28 Mac 2011

Berita Harian Online | Martabat bahasa Melayu perlu dipertahan

2011/03/28

KITA semua mungkin terkejut melihat orang Jepun, Korea dan China fasih menggunakan bahasa kebangsaan iaitu bahasa Melayu.

Kerap kali penggunaan kata bahasa Melayu diganti dengan istilah bahasa kebangsaan dan Bahasa Malaysia. Sedangkan, dalam situasi rasmi kita menafikan penggunaannya semata-mata mahu menonjolkan bahasa Inggeris. Sedarkan kita bahawa bahasa Melayu kita semakin berkembang dengan istilah dan perkataan baru.
Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) penting sebagai badan mendaulatkan bahasa. Begitu juga badan bukan kerajaan, tepat sekali syarikat swasta bersama mendaulatkan bahasa.
Ke mana akta berkaitan bahasa? Mungkin akta atau undang-undang digunakan oleh pihak berwajib apabila keadaan menjadi parah atau mendesak atau sebab lain? Walaupun ada majlis menggunakan bahasa Melayu, ia sedikit saja sedangkan jelas bahasa Melayu menjadi mangsa keadaan.

Peranan pengguna bahasa menggunakan bahasa Melayu dengan betul sebutan dan ejaannya. Jelas sekali dalam majalah dan surat khabar dan tidak terkecuali dalam facebook atau twitter bahasa Melayu kita mengalami perubahan kependekan perkataan dan istilah. Nampaknya, pengguna bahasa tidak peka dengan keadaan ini.

Sampai bilakah masalah masa depan bahasa Melayu hendak diperdebatkan? Sedangkan jelas akta bahasa kebangsaan menjamin kedudukan bahasa di negara kita.

Janganlah kita terlalu mengagungkan bahasa lain sampai bahasa kita sendiri mengalami kepupusan. Oleh itu, saya berpandangan kita perlu sama-sama menggunakan bahasa dengan betul. Tidak kira kita berada di mana-mana pun, tapi gunakan bahasa sebagai jiwa bangsa.
KAMUS BIRU,
Kuala Lumpur.

Berita Harian Online | Cadangan naik gaji guru bertugas luar waktu sekolah disokong

2011/03/28

SAYA ingin memberi maklum balas kepada komen Guru Jujur, Kuala Lumpur dalam ruangan ini yang disiarkan 26 Mac lalu.

‘Guru Jujur’ amat tidak berpuas hati atas cadangan CUEPACS menaikkan gaji guru yang sering bertugas di luar waktu sekolah. Alasan yang diberikan, guru lain yang terpaksa mengganti guru yang bertugas di luar.
Saya amat bersetuju dengan cadangan CUEPACS itu. Jika Guru Jujur ingin mendapat kenaikan gaji, sila berkecimpung dalam aktiviti di luar waktu sekolah. Pengalaman saya berbelas tahun aktif dengan aktiviti luar ini amat memerlukan pengorbanan diri dan ahli keluarga.
Mana tidaknya, setiap hujung minggu pasti akan keluar membawa murid untuk berkhemah bagi memberi peluang murid mendapat sijil demi masa depan mereka. Apabila bergerak di bawah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), guru tidak diberi sebarang elaun, malah perlu mengeluarkan duit poket sendiri untuk minyak kereta, makan dan sebagainya.

Tidak cukup dengan itu, pada Ahad habis bertugas, Isnin pula perlu ke sekolah seperti biasa. Persoalannya, bila guru ini bercuti, bila guru ini berpeluang untuk bersama keluarga dan siapa yang hendak bagi bayaran gaji lebih masa apabila berkhemah guru perlu bertugas 24 jam sehari bersama murid.

Di mana Guru Jujur waktu hujung minggu?, mungkin sedang berada di rumah menonton televisyen atau ke pusat beli-belah bersama keluarga. Sedangkan guru yang bertugas ini berhempas pulas menjaga murid dan meninggalkan anak dan isteri di rumah tanpa apa-apa balasan.

‘Guru Jujur’ perlu berkecimpung dalam bidang ini supaya berasa apa yang kami rasa. Ramai yang tidak sanggup bertugas di luar waktu persekolahan. Kalau semua guru ini tidak lagi mahu berkerja di luar waktu pejabat, maka murid yang akan rugi.
Harap Kementerian Pelajaran pandanglah masalah kami. Sediakan seorang guru khas setiap sekolah untuk menggalas tugas seperti ini dan berikan hak cuti apabila bertugas pada Sabtu dan Ahad.

Apapun, terima kasih CUEPACS kerana mengambil berat masalah guru seperti kami ini yang jarang sekali dipandang oleh pihak pentadbiran sekolah untuk diberi anugerah cemerlang.

CIKGU NGO,

Sabtu, 26 Mac 2011

CABARAN PERJALANAN BERSAMA MANTAN GURU BESAR SK.TAGIBANG

Rabu, 16 Mac 2011

DASAR-DASAR LAIN

1. Dasar Wanita Negara
2. Dasar Pengeluaran Negara
3. Dasar Buruh Negara
4. Dasar Kependudukan Negara
5. Dasar Penerapan Islam Dalam Pentadbiran
6. Dasar Luar Negara

DASAR-DASAR UTAMA

1. Wawasan 2020
2. Dasar Ekonomi Baru (RRJP1) (1971-1990)
3. Dasar Pembangunan Nasional (RRJP2) (1991-2000)
4. Dasar Wawasan Negara
5. Dasar Perindustrian Negara
6. Dasar Pertanian Negara
7. Dasar Pengswastaan Negara
8. Dasar Persyarikatan Malaysia
9. Dasar Sainsdan Teknologi
10. Dasar Pendidikan Kebangsaan
11. Dasar Kebudayaan Kebangsaan
12. Dasar Pandang Ke Timur
13. Dasar/Program Pembaharuan & Peningkatan Produktivitidan Kualiti Dalam Perkhidmatan Awam

OBJEKTIF DASAR-DASAR KERAJAAN

1.Memahamidasar-dasarkerajaan

2.Memahamirasional,matlamat,dan objektif penggubalan dasar

3.Memahami strategi pelaksanaan dasar

DASAR-DASAR KERAJAAN

Dicatat oleh ADMIN di 7:05:00 PG 0 ulasan

Continue Reading

Berita Harian Online | Cadangan naik gaji guru bertugas luar waktu sekolah disokong

Dicatat oleh ADMIN di 7:03:00 PG 0 ulasan

Dicatat oleh ADMIN di 5:52:00 PTG 0 ulasan

Continue Reading

Rabu, 16 Mac 2011

DASAR-DASAR LAIN

Dicatat oleh ADMIN di 6:43:00 PTG 0 ulasan
1. Dasar Wanita Negara
2. Dasar Pengeluaran Negara
3. Dasar Buruh Negara
4. Dasar Kependudukan Negara
5. Dasar Penerapan Islam Dalam Pentadbiran
6. Dasar Luar Negara
Continue Reading

DASAR-DASAR UTAMA

Dicatat oleh ADMIN di 6:37:00 PTG 0 ulasan
1. Wawasan 2020
2. Dasar Ekonomi Baru (RRJP1) (1971-1990)
3. Dasar Pembangunan Nasional (RRJP2) (1991-2000)
4. Dasar Wawasan Negara
5. Dasar Perindustrian Negara
6. Dasar Pertanian Negara
7. Dasar Pengswastaan Negara
8. Dasar Persyarikatan Malaysia
9. Dasar Sainsdan Teknologi
10. Dasar Pendidikan Kebangsaan
11. Dasar Kebudayaan Kebangsaan
12. Dasar Pandang Ke Timur
13. Dasar/Program Pembaharuan & Peningkatan Produktivitidan Kualiti Dalam Perkhidmatan Awam
Continue Reading

OBJEKTIF DASAR-DASAR KERAJAAN

Dicatat oleh ADMIN di 6:33:00 PTG 0 ulasan
1.Memahamidasar-dasarkerajaan

2.Memahamirasional,matlamat,dan objektif penggubalan dasar

3.Memahami strategi pelaksanaan dasar
Continue Reading

DASAR-DASAR KERAJAAN

Dicatat oleh ADMIN di 6:30:00 PTG 0 ulasan
Continue Reading

PRASEKOLAH SK.TAGIBANG, KOTA MARUDU Copyright © 2009
Scrapbook Mania theme designed by Simply WP and Free Bingo
Converted by Blogger Template Template